Wednesday, January 23, 2013

ada si burung biru ?

Assalamualaikum and hello people! Happy Wednesday. Hari ni cuaca baik kan. Alhamdulillah :) Okay, saya dah selesai masak. Masak simple simple je. So, sekarang ada sikit rajin mau menulis lah. Mihmihh!

Okay, saya ada pengumuman penting ye pada tengahari ni *actually, tak lah penting sangat pun*. I've already have my new Twitter account! Yeayy :D Hahaa, kesian kan? Orang lain dah lama ada account Twitter, saya pulak baru sekarang nak kecoh kecoh pasal Twitter. Alaa, better late than never kan. Hehee :)

Well, actually saya pernah buat account Twitter dulu. Bila dan dimana, jangan tanya. Tak ingat. Tapi time tu sekadar macam alaa janji buat account Twitter cukup lah. Because before this, I've no interest at all kat mendalah yang bernama Twitter ni. Plus, almost all my besties tak main Twitter ni. So, jadi lah hasilnya tak ber-active pun Twitter tu. Then, password pun dah lupa, so lantak lah. Malas nak pikir. Hahaa!

And now, setelah gigih memujuk dan memaksa diri untuk jejak jejak kaki dalam alam Twitter ni, akhirnya buat jugak lah account Twitter yang baru. Kiranya baru nak jinak jinak merpati lah ni. Kihkihh! Korang ada Twitter? Mesti ada kan. Meh lah rerajin dan sesudi follow saya di Twitter: MissNinaAman. Boleh kita berkenalan dengan lebih rapat dan mesra gituu. Ye dak? Heee :)



jom luncheon :D

thanks for reading this entry yawww :)

Monday, January 21, 2013

i'm back !

Assalamualaikum and hye semua! Semoga korang semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi-Nya. Ya ALLAH, lamanya saya tak menulis kat blog ni kan. Dah setahun rasanya kan. Entah lah, semangat ber-blogging ni memang dah ke laut. Kesian blog ni terbiar tak di-update anything. Hukhukk :( So now, nak try try merajinkan diri balik ni. Do support me people :)

To those yang datang singgah, read and even follow saya selama saya tak active kat blog ni, thank you so much! Walaupun saya tak update apa apa for quite some time, korang still follow jugak kan. You guys rock babehh! Hihii :D Akan ku blogwalking and follow korang balik soon. Don't worry okay :)

Ohh btw, rasanya macam masih belum terlambat saya nak wish a very Happy New Year 2013 to all of you and may you have a great year ahead! InsyaALLAH :) Apa azam korang untuk tahun ni? Mesti banyak kan :) As for me, one of my azam tahun ni is nak tunaikan azam tahun tahun lepas yang masih tak tertunai lagi. Macam mana nak tambah azam baru banyak banyak kalau azam sebelum ni pun still ada yang tak tertunai lagi. Ye dak? Heee :) And saya berazam nak cari future husband nama Azam lah. Ehh? *tetibe gatai lak -___-* HAHAHAHA!



Peace begins with a smile.
SMILE PEOPLE :)



i miss you, bloggers :)

thanks for reading this entry yawww :)

Friday, December 02, 2011

hilang nyawa .

hye hye semua ! whatsdupp ? harap semua nya sihat sihat saja dan sentiasa berada di bawah perlindungan Yang Maha Esa :) okayy, dah lama saya tak update blog ni kannnn . well, what I can say is this semester, saya memang busy tahap dewa . 


assignments, projects, hal hal lain and ups and downs here and there mematikan seketika mood saya untuk ber-blogging . ditambah pulakss dengan rasa malas yang menggunung untuk mengarang and merepek mepek kat blog ni, terhasil lah about two months tak update blog and berpisah dengan dunia blogspot ni ! terbaakkkkk !


and now, I'm back ! yeayyy :D ini pun setelah ada jejaka jejaka dan gadis gadis yang dah bising suruh saya update ini blog . "ehh, dah lama you tak update blog lahh . update lah cepat ." "weyhh, bila kau nak update blog kau tuu ?" "bila mau update ?" haaa, soalan soalan macam ni lah yang buat otak saya cakap, "aku mesti update blog aku ni . jangan nak biar bersawang lama sangat ." dan lantas lah jari jemari yang comey ni menekan keyboard lappy kesayangan ni :)


walaupun takda blog sendiri, mereka suka sibuk terjah blog saya yang entah apa apa ni . hahaa ! and ke-busy-body-an mereka ni lah yang bagi saya semangat untuk update ni . kalau ikutkan hati, sumpah macam malas . spirit ber-blogging ni hilang ditelan dek kesibukan duniawi *ececehh, ayat tak menahan* . HAHAHA :D



nampak tak ekspresi wajah saya yang pelbagai ni ?
ceria kann .
pfftttt :P
semoga saya dapat kembalikan keceriaan di blog ni balik .
weehooo :)



**Hello DECEMBER, please be nice and filled with blast**


you guys rock my world .
gyeahh :D

thanks for reading this entry yawww :)

Friday, September 23, 2011

guwa suka minum arak . lu ada ?

okay peeposs ! salam Jumaat untuk semua . yeayyy ! seronok nak sambut weekends . dah lah class on Friday only one in the morning . terbaik wokk ! memang syiokk lah kalau nak berjimba during weekends kann . lagi best kalau dapat balik rumah . okayy, i will soon :) wait for me home sweet home ! *okay, enough with merepek kat intro* hihii :D

now, back to my main point and story here . okay, before that i wanna ask you guys lah kann . pernah minum arak tak ? whattt ? tak pernah ? okay, jom try ramai ramai . nampak macam sedap and syiokk habis jek kalau dapat minum . erks ! -___-"

i used to hangout and lepak lepak with my awesome friends at few awesome places around KL . well, lepak and makan makan plus sembang sembang yang mampu merapatkan lagi hubungan silaturahim kitorang semua lah kann . ecewahhh !

but, there are something yang sangat menyesakkan mata saya time lepak lepak ni lah . Malay peoples minum arak secara public ! whatthef**k ! well, memang tempat tempat lepak yang i used to go tuu memang public and sesuai sangat sangat lah untuk lelepaks ni . sumpah awesome guwa cakap sama lu !

unfortunately, dah jadi tak berapa nak awesome sangat lah bila tengok orang orang Melayu minum arak secara terbuka ni kan . siap berkepak kepak tangan time tuang arak tuu . and then, laga laga glasses lah and say 'cheers" . perrgghhh ! sumpah nampak macam bangga gilak lah dapat minum arak tuu . memang jelas terpancar kat muka tu weyhh . baik lelaki mahupun perempuan . sama jek lagak nya . ggrrrr !

ehh hello ! kalau lu dah gian sangat nak minum pun, pergi lah bar . kan tempat tu lebih sesuai kalau nak minum air setann tuu . ni tidak . lu minum kat tempat public apa barang . nampak sangat lu tuu peminum air setann yang low class lah weyhhh ! 

i'm afraid that makin lama makin ramai orang Melayu atau lebih tepat nya orang Islam ni minum arak kat public tanpa segan silu . sekarang ni pun saya tengok dah macam jadi trend jek perkara ni . haiissshhh ! mintak simpang lah kann .

thank GOD . sejahil jahil dan senakal nakal saya ni pun, saya tak pernah lah lagi sentuh arak okayy . setitik air arak tu umpama 40 hari ibadat kita tak diterima kann *correct me if i'm mistaken* . so, jauh jauh kan lah diri kita semua from arak okayy .

like i said before, kalau nak minum sangat pun, cari lah tempat yang sesuai . its not like saya support pulaks those who drinks pulaks . it just that setidak tidak nya dapat mengurangkan ia daripada berleluasa . because saya sendiri pun tak suka dengan kaki kaki botol ni . semoga kita semua dijauhkan daripada air setann tuu . insyaALLAH :)


siapa nak tolong saya kemas and hias bilik ni ?
sila angkat kaki !
hikhikk :D

thanks for reading this entry yawww :)

Wednesday, September 21, 2011

i hate you ! so ?

aku benci kau .
kau suka usik aku .
sampai aku menangis like a baby .

aku benci kau .
kau suka pukul pukul aku .
tapi pukul pukul manja jek lah kann .

aku benci kau .
tiap kali lepas jejumpa .
kau selalu buat aku rasa nak jumpa kau lagi .

aku benci kau .
kau suka kacau hidup aku tiap tiap hari .
dengan kata kata sayang dan caring mu .

aku benci kau .
kau suka ketuk pintu hati kecik ku .
untuk terus menyayangi mu .

aku benci benci benci kau .
sebab kau buat aku jatuh tangga .
dan terus jatuh cinta pada kau .

.
.
.
.
.


I HATE YOU BUT I LOVE YOU .




Ya Rabb, You know whats best for me .
thank you for giving me beautiful peoples in my life :')

thanks for reading this entry yawww :)

Monday, September 19, 2011

matang lah sikit .

okay semua ! whatsdupp ? apa cerita kalian semua ? hope everything is fine okayy :) cuti 3 hari amacam ? best ? as for me, apa lagi . ber-shopping jek lah kerja nya . hihii :D tup tup, hari ni dah pun Monday kann . class pun dah start . last week just 'warming classes' jek punn . so, say hello to new semester ! i hope you will be good to me okayy :)


i don't know why lah lately ni saya tengok banyak betul status status yang bangang muncul kat FB tuu . bangang kat sini bermaksud menyakitkan mata saya jek bila click Home FB tuu . 


kes 1, couple bergaduh . sumpah memang hot lah jadi nya FB tuu . yang sorang ni update status cenggini, yang sorang lagi pulakss update status cenggitu . bergaduh through FB status . lagi best pulakss bila ramai yang like and comment kannn . terbaikkkk !


kes 2, kawan kutuk kawan . ni lagi satu cerita . tak tau lah kutuk sebab benci or jeles or what . tak dapat kutuk depan depan, kutuk dalam FB pun jadi lah yek . seronok yek cenggitu ?


kes 3, hacked status FB kawan . mentang mentang lah kawan kau tu baik, kau nak pijak kepala dia pulaks yek . kalau update status yang baik baik and sedap mata memandang takpa lah . ni tidak . di-update-nya status yang bangang bangang and macam taikkk ! 


please lahh weyhh . matang lah sikit . saya tau lah tu hak masing masing nak update status macam mana sekali pun . well, saya tak kata pun saya halang kan . siapa lah saya nak halang menghalang orang ni . erks ! -___-


orang ramai yang membaca memang rasa seronok baca status status yang hot hot hottuihh tuu . tapi at least, cuba lah pikir tentang diri sendiri dan orang yang terlibat sama tuu . tak kesian ke hah ? pernah tak you guys terpikir yang bila status status cenggitu di-update, you guys sebenar nya secara tak langsung dah buka keaiban diri sendiri dan orang orang yang berkenaan sekali tuu .


ada benda dalam dunia ni yang kita boleh main redah jek . but there are things yang kita kena ambik kisah jugaks . jangan nak jadi budaks sangat . badan dah besar gajah, tinggi dah mengalah zirafah . tapi macam orang takda berakal jek update status yang bangang segala bagai tuu .


jangan nak ikut kan perasaan sangat . pikir dulu sebelum buang ! *ehh, ada kaitan ke ?* hahahahaa !




p/s ; peringatan untuk diri sendiri jugaks sebenar nya .
sama sama lah kita yek !


kije hebat hebat yek Putera !
ahaks :)


thanks for reading this entry yawww :)

Friday, September 16, 2011

stop ber-blogging !

okay peeposs ! its been a week i didn't update this blog right . well, i'm sorry because i've been quite busy recently . by now, thank GOD i'm not that busy like these past few days :) is anybody miss me ? ohh, i'm really miss all my blogger-mates okayy . rasa nak menangis jek bila tak dapat update blog sekerap you guys semua . hwaaa ! and well, there are so so so many things that i wanna shared here with you guys . it just that i don't know where to start first . hihii :D


di saat dan ketika saya meng-update blog ni, saya dah ada kat Bangi . i'm back to UKM . heehooo ! dah naik semester baru okayy . and thats the main reason why i'm busy . there are many things need to be settled up . sumpah terkejar sana sini sampai rasa nak tercabut jek kaki ni haa . hahaa !


nak dijadikan cerita pulakss, since first day menapak kat UKM ni sampai lah few days later, Wi-Fi kat blok kolej kediaman baru ni buat hal lah pulakss . there are Wi-Fi but with limited connectivity sampai saya tak dapat nak access internet . sumpah bengang tahap gilak b**i ! erks -____-"


ni pun baru lah Wi-Fi nya dah okayy . syukur Alhamdulillah :) kalau sampai minggu depan pun still tak boleh nak guna, memang saya mengamuk satu UKM ni . yelahh, dah lah Wi-Fi ni wajib bayar in fees . lain lah if it is not compulsary to be paid . so, memang nak mengamuk lah kalau dah berminggu minggu pun still tak boleh guna kann . nasib baik dah okayy by now . selamat satu UKM ni daripada saya kerja kann . hahahahaa !


regarding to the title of this entry, me stop ber-blogging ? never and ever ! memang tak lah saya nak berhenti ber-blogging kann . blogging is one of my big passions . so, there's must be a reason why kalau saya tak update tuu . lama tak update tak bermaksud saya berhenti ber-blogging okayy . so, jangan risau okayy whenever saya tak update blog for quite some times . i will never stop blogging . never never never ! *okayy semangat terlebih ni* miahahahahaa :D


okay, done with merepek tepek in this boring entry . now nak ber-blogwalking pulakss . bersiap sedia semua . saya nak serang each one of you guys ! see you later . muahhh :)




HAPPY MALAYSIA DAY !




cold like ice .
woohooo !


thanks for reading this entry yawww :)

Thursday, September 08, 2011

spontaneous Thursday #5

sakit dan musibah itu penghapus dosa 
bagi seseorang Muslim .


sekali lagi :)

thanks for reading this entry yawww :)

Tuesday, September 06, 2011

perrgghhh, sakan beraya .

okay bloggers ! dah lama rasa nya tak merepek tepek kat blog ni . kesian ia dah berhabuk . hukhukk :( al maklum lah, busy beraya lah kata kan . hehee :) pergi rumah tu lah, ini lah . dengan open house nya lagi . so, memang jauh lah diri ni from lappy kesayangan kann . tu pun sometimes curi curi masa online FB and check email kejap . hahaa ! 


even until now, mood raya masih membara lagi okayy . kata sebulan raya kann . huehuee ! ada sesiapa nak buat open house lagi tak ? kalau ada, cepat cepat inform saya okayy . boleh saya plan serang rumah you guys semua ! hihii :D okay, tahun ni raya ada lain sikit from past few years . this year, saya meraikan 1 Syawal bersama keluarga sebelah Abah kat Parit, Perak . for past few years, saya meraikan Aidilfitri bersama keluarga sebelah Mama kat Kuala Kangsar, Perak . actually, beraya kat Parit or Kuala Kangsar, dua dua memberi keseronokan yang tersendiri . it just that, kalau kat Parit, suasana hari raya tuu lebih dirasai . maybe sebab suasana nya yang penuh kedesaan :)


kat Kuala Kangsar tuu pun best jugakss . cuma suasana nya lebih kurang macam kat bandar *dah nama nya pun Kuala Kangsar Bandar Diraja :)* . time malam raya, memang happening gilak lah . but then, lepas 1 or 2 Syawal, masing masing dok kalut balik meneruskan rutin harian . then, sunyi jek rasa . sob sobss !


so, tu yang macam excited lebih sikit tahun ni bila dapat beraya dalam suasana kedesaan tuu . feeling nya tuu memang lebih lah weyhhh ! dengan udara nya yang nyaman . plus, nyamuk yang dok gigih men-follow saya ke hulu ke hilir . sakit gatal tapi best wokk ! hahaa :P


part yang paling best nya time malam malam . sejuk jek kalau dapat tido kat kampung kannn :) memang feeling habis lah time tido . walaupun nyamuk banyak, i don't care ! janji kesejukan tuu dapat melenakan saya . ecewahh ! haaa, original air-cond tuu . bukan senang nak dapat . takda dijual kat mana mana kedai pun okayyy !


one more thing yang menjadi pengalaman yang manis raya tahun ni buat saya is when since first day of Syawal, saya sibuk jek kat dapur . tolong masak itu ini . perrgghh ! dapur tu pulaks bukan sebarang dapur . dapur siap dengan garaj lagi weyhh ! banyak memasak lah kata kan . hehee :) then, saya jugaks lah yang menjadi mangsa Opah suruh saya hidang makanan untuk tetamu semua . seriouslyy tak menang tangan lah dibuatnya . mentang mentang lah saya ni anak dara yang comeyy loteyy kann *okay, perah santan betul . dushh !* . HAHAHAHAHAHA !


**dipagi 1 Syawal**

yeayy yeayyy !
masih dapat duit raya .
nampak sangat saya ni masih muda mudi kann .
weewwwiitttt !
kau ada ?
miahahahaaa >.<


p/s ; raya itu indah .
tapi scary !

sakit tekak .
kes banyak minum ais lah ni .
ggrrrrr -____-"

thanks for reading this entry yawww :)

Monday, August 29, 2011

pon ponnn, perutusan Aidilfitri 1432H !

okay peopless ! insyaALLAH, kalau takda aral melintang, esok kita akan raya kann . yeayy :D tapi ia jugaks bererti Ramadhan tahun ni bakal meninggalkan kita . sedih nya :( will there be Ramadhan for us next year ? insyaALLAH :')


so, bagaimana pengajian you guys semua kat Universiti Ramadhan selama sebulan ni ? lulus dengan cemerlang tak ? ada bagus berbanding pengajian tahun lepas tak ? as for me, masih belum boleh cakap cemerlang dengan bangga nya lah . masih banyak yang kurang . need much more to add on . well, niat nak berubah tu memang ada . but then nafsu masih rancak menguasai diri . *ehhh, nak berubah apa nya ni ? hihii !* biar lah ia menjadi rahsia antara saya dan ALLAH okayy :) and moga segala ibadat yang saya dan kita semua lakukan sepanjang bulan Ramadhan ni diterima oleh-Nya . aminnn :) 


semalam dah settle kan beli semua kelengkapan raya . lengkap from head to toe ! suka bangat dehhh . hihii :D ada few things dah beli before Ramadhan lagi . yang selebih nya tu baru terhegeh hegeh nak beli semalam . hihii :D ehh, tapi kan shopping nak dekat raya lah best . banyak sales wokk ! harga memang turun banyak gilak weyhh . memang rasa nak grab semua lah . perrggghhh ! nasib masih boleh lagi kawal nafsu ber-shopping . hehee :)


entah entah, sekarang ni pun masih ada yang sibuk cari baju raya kann . or maybe sibuk buat kuih raya last last minutes ni . kihkihh ! sebab tu lah FB mahupun blog hari ni agak senyap jek kot kann . tak kisah lah walau apa pun yang you guys buat, make sure keselamatan diutamakan okayy . time time raya ni lah macam macam perkara yang tak diingini terjadi . mintak dijauhkan lah daripada semua tuu . so, safety first okayy !


sebelum saya makin sibuk buat buat sibuk and tak mampu nak capai lappy ni nanti, lebih baik saya grab this moment to wish something *wish apa pulak ni ?* confirm you guys dah boleh agak kann . hahaa :P


.
.
.
.
.
.
.

**anggap lah ucapan ni di-post di pagi raya okayy . hehee :)**


salam semua !
di kesempatan ni, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali atau kurang mengenali diri ini .
seandainya selama ini saya .
terkasar bahasa, tersilap bicara .
termarah yang tak kena, tertanya tak tentu hala .
tersasul yang tak sengaja, terpukul kat mana mana .
terpekik di telinga, terhantuk di kepala .
terpinjam harta benda, ter-moody tak semena mena .
terumpat bila bila, termacam macam lagi yang kena mengena lah .
semoga dimaafkan kalau ada okayy :')
jemput ke rumah beraya yek semua !


kepada rakan bloggers semua, moga ukhwah dan persahabatan yang terjalin selama blog ni wujud tidak hanya setakat di alam maya ini saja .
tapi berpanjangan dan berkekalan di alam realiti jugakss .
kalau terjumpa or terserempak dengan saya bila bila or kat mana mana, jangan lah segan nak tegur yek .
because sometimes saya tak berapa nak perasan orang sangat time jenjalan .
hehee :)


raya raya jugakss, Hari Kemerdekaan yang ke 54 untuk negara kita ni jangan lupa pulakss yekk .
well, MerdekaRaya lah kata kan for this year .
weehooo !






HAPPY EID UL-FITR PEOPLESS !
may this Syawal brings us happiness 
and beautiful moments to be shared :)






Ramadhan dihormati ,
Syawal diberkati .
heehoo !


thanks for reading this entry yawww :)